Saturday, March 1, 2008

SEMANGAT GAMBUS


Gambus merupakan satu seni alat muzik tradisional bagi pelbagai kaum di asia tenggara terutama kaum brunai di sabah, berlatar belakangkan seni kebudayaan pelbagai kaum di sabah, alat gambus merupakan alat yang penting dan berfungsi dalam mendominasikan seni muzik tradisional di Malaysia.

Seni Lukisan ini membayangkan ciri kelembutan seorang gadis brunei sabah memainkan alunan muzik tradisional dengan seni petikan yang lembut gemelai dan mengikut rentak seni kebudayaan dan diiringi dengan semangat kerjasama dan keharmonian pelbagai kaum disabah..

Apabila petikan tali gambus dimainkan , alunannya membuatkan jiwa kita bisa tenang terasa nikmat apabila seni muzik gambus ini bersatu dengan alam, kehidupan, flora dan fauna.

Tuesday, February 12, 2008

MAN LAND BELOW THE WIND

AWANG FADILAH BIN ALI HUSSEIN lahir di Kg.masjid menumbok,Pada 1/10/1972.Beliau adalah anak kedua dalam empat adik beradik. AWANG FADILAH adalah seorang artis Sabah dalam dunia seni tampak.Beliau seorang artis yang banyak menyimpan rahsia kehidupannya. Awang Fadilah cukup dikenali dengan lukisannya yang bewarna hitam dan putih dengan bertemakan kebudayaan, kehidupan serta alam flora dan fauna di sabah.Sebab itulah beliau di gelar MAN LAND BELOW THE WIND.

Kekayaan khazanah alam dan kebudayaan di sabah cukup banyak memberi inspirasi untuk beliau berkarya.

Awang Fadilah mula aktif dalam dunia seni ini semenjak tahun 1998.Pada tahun 1999 beliau telah dididik oleh seorang artis yang terkenal dari semenanjung iaitu Yusof Ismail (Yusof Gajah) iaitu dengan mengikuti Bengkel ilustrasi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah.

Dari situlah Awang Fadilah telah memperkenalkan teknik tersendiri dan identiti beliau. Teknik hitam putih dengan disertai titik-titik cukup disenangi oleh peminat-peminat seni tampak disini. Lukisan beliau sering di tempah bukan sahaja di kota kinabalu tetapi di semenanjung.Beliau juga sering menyertai pameran yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Sabah. Awang Fadilah bukan sahaja mempamerkan lukisan beliau di Kota Kinabalu tetapi di Sarawak,wilayah persekutuan labuan,semananjung dan diluar Negara.

Dalam pertandingan pula Awang Fadilah selalu mendapat anugerah. Pasti setiap tahun dalam pertandingan karya pilihan sabah nama beliau sering di sebut sebagai penerima anugerah karya pilihan.

Bukan sahaja di sabah, bah kan Awang Fadilah pernah mendapat kejayaan di peringkat antarabangsa. Pada 2006 beliau mewakili Malaysia dalam pertandingan Noma Concours Picture Book Illustration Asia/Pacific Japan For Unesco. Awang Fadilah dianugerahkan hadiah RUNNER-UP atau tempat ke 3. Lebih 48 buah Negara dan 522 penyertaan mengikuti pertandingan itu dan 2007 hampir setahun lukisan beliau di pamerkan bersama-sama pemenang noma concous di International Library Of Children Literature Tokyo,Japan. Dari kejayaan itu Awang Fadilah sekarang ini cukup di kenali bukan sahaja dalam Negara tetapi luar Negara.

Awang Fadilah adalah satu lagi kebanggaan dan aset bukan sahaja untuk bangsa Melayu Brunai tetapi Negara kita Malaysia.